Kelas Nadi X Mahir – Mahir Foto Minggu 18
12 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 11 Mei 2026 – NADI Bengoh telah mengadakan Kelas Mahir Foto Minggu Ke-18 secara atas talian dari jam 3:00 petang hingga 4:30 petang. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta tempatan.
Topik pembelajaran pada minggu ini ialah “Content Creation – Asas Penciptaan Kandungan (Hook & Niche)”. Melalui kelas ini, peserta didedahkan mengenai teknik menghasilkan kandungan digital yang menarik serta kepentingan penggunaan “hook” bagi menarik perhatian penonton dalam tempoh singkat.
Selain itu, peserta turut mempelajari cara mengenal pasti “niche” atau fokus kandungan yang sesuai untuk membina identiti sebagai pencipta kandungan digital. Kelas ini turut memberi pendedahan mengenai strategi menghasilkan kandungan yang lebih kreatif, konsisten dan relevan mengikut sasaran audiens.
Program ini diharap dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran dalam bidang media digital serta memperluaskan pengetahuan berkaitan penghasilan kandungan yang berkualiti dan berimpak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: